REVIEW EURAIL PASS 2020

 Assalamualaikum semua.. 

Ingin melancong ke Eropah? 

Teringin menggunakan tren dari satu negara ke satu negara di Eropah?

Jika ya, mungkin kalian pernah mendengar mengenai pas tiket Eropah yang dipanggil EURAIL PASS!

Pertama kali Mira guna Eurail Pass ni semasa melancong di Eropah secara backpacker pada 2018 yang lalu, masa tu Mira beli 

Global Eurail Pass - Second class - 15 days continuous. 

375 EURO - YOUTH 

BELI DENGAN MUDAH DAN CEPAT DI KLOOK. KLIK SINI 


Sebelum tu Mira nak perkenalkan dulu apa itu Interrail atau Eurail Pass?

EURAIL PASS 

Eurail Pass adalah travel dokumen atau tiket kereta api all-in-one yang memberi anda akses fleksibel ke kebanyakan kereta api di seluruh Eropah. Tidak seperti tiket kereta api tradisional, dengan Eurail anda boleh pergi ke mana sahaja anda mahu, bila-bila masa anda mahu. 

Selain digunakan untuk tren, Eurail Pass ini juga ada banyak keistimewaan lain! 


INTERRAIL PASS VS EURAIL PASS - APA BEZANYA? 

Jika anda orang Eopah - anda perlukan Interrail pass

Jika anda di negara selain Eropah - anda perlukan Eurail pass.

JANGAN KELIRU, UMUMNYA KEDUA-DUANYA ADALAH SAMA! 

Beza dia harga jer. Interrail pass lebih murah. Tapi tak bermaksud anda boleh beli pass tu sesuka hati kalau anda adalah non-eropeans. 

Mira yakin majoriti yang baca ni tinggal di Malaysia jadi, sudah tentu anda perlu beli Eurail pass ni. 

Tahu lebih lanjut perbezaan interrail pass dan eurail pass 


NEGARA APA YANG TERMASUK DALAM EURAIL PASS?

Austria, Belgium, Bosnia & Herzegovina, Bulgaria, Croatia, Czech Republic, Denmark, Finland, France, Germany, Great Britain (England, Wales, and Scotland), Greece, Hungary, Ireland, Italy, Lithuania, Luxembourg, Macedonia, Montenegro, the Netherlands, Norway, Poland, Portugal, Romania, Serbia, Slovak Republic, Slovenia, Spain, Sweden, Switzerland and Turkey (as well as Liechtenstein and Monaco).

Tahu lebih lanjut mengenai tren yang termasuk dalam eurail pass 


JENIS PASS YANG ADA

1) ONE COUNTRY PASS 

Pass ini untuk anda yang ingin travel ke SATU negara sahaja di Eropah.

Sesuai jika anda ingin explore satu negara sahaja contohnya Italy, France, Spain, The benelux (Belgium, Netherland, Luxembourg), Scandinavia (Denmark, Finland, Norway and Sweeden), Portugal, German dan lain-lain.

Lebih sesuai jika public transport di negara tersebut juga cover Eurail pass ini. 

Tahu lebih lanjut mengenai One-country pass 


2) GLOBAL EURAIL PASS - RECOMMENDED!

Dengan pass ni, kalian boleh travel sehingga 31 negara secara unlimited dalam tempoh masa tertentu.

Tahu lebih lanjut mengenai global eurail pass 


MACAMANA NAK PILIH PASS YANG TERBAIK UNTUK SAYA?

Soalan ni subjektif ya.

Lain orang lain keperluan pass yang mereka perlu pilih.

Checklist dibawah ini akan membantu anda untuk memilih pas yang sesuai: 


1) Berapa hari anda ingin menggunakan tren di Eropah?

Lagi banyak speed train yang anda ingin gunakan, Eurail pass adalah pilihan terbaik. 

2) Negara apa yang anda nak lawat?

3) Berapa banyak bandar yang anda nak lawat?

4) Berapa banyak point to point ticket yang anda kena beli berbanding dengan harga pass. 

4) Berapa orang yang travel?


BERAPA LAMA TEMPOH EURAIL PASS VALID? 

Anda boleh pilih sama ada nak beli 3,5,7,10,15,22 hari. Atau 1,2, atau 3 bulan.


CONTINUOUS ATAU FLEXI PASS?

Jika anda travel 15 hari berturut-turut contohnya, continuous adalah pilihan tepat.


ADA DISKAUN KE? 

Ada, 

1) 27 TAHUN KEBAWAH - YOUTH + SECOND CLASS

Jika anda 27 tahun ke bawah, anda boleh pilih 'YOUTH' option dan ia lagi murah dari 'Adult' pass. 

Untuk Youth, anda boleh pilih nak beli 1st class atau 2nd class. Tapi untuk Adult, anda hanya ada satu pilihan iaitu 1st class sahaja. 

2) BELI PASS BERKUMPULAN - 2 DAN LEBIH

Jika anda ingin beli secara group 2-5 orang dewasa, anda boleh jimat 15%! 

3) KANAK-KANAK 11 TAHUN KEBAWAH - FREE RIDE

kanak-kanak 11 tahun kebawah adalah PERCUMA jika travel bersama dewasa.  

4)  WARGA EMAS 60 TAHUN KE ATAS 

Traveler yang berumur 60 tahun keatas layak untuk dapat diskaun 10% untuk 1st class dan 2nd class. 


SAYA BERUMUR LEBIH 27 TAHUN, TRAVEL SOLO, TIDAK BAWA ANAK. BOLEH DAPAT DISKAUN KE? 

Ya, masih berpeluang untuk dapat diskaun. Eurail pass selalu beri diskaun 10%- 20% pada masa tertentu. Selalunya AKHIR TAHUN.  Tapi jika anda lihat harga pass tersebut tanpa diskaun, Mira tak galakkan beli. 


APA BEZA FIRST CLASS DAN SECOND CLASS?

First class pass lebih mahal jadi sudah tentu lebih selesa. Jarak antara seat adalah besar, selesa, kurang padat, power socket dan diberi percuma air!

Second class ni seatnya lebih kecil, tetap selesa, sedikit padat berbanding first class. 


MACAMANA NAK BELI PASS?

Beli ONLINE jer. Sekarang ada banyak pilihan untuk beli iaitu:

1. Eurail.com

2. KLOOK 

Pass ni akan dihantar terus ke rumah anda. Tetapi sekarang sudah ada MOBILE PASS. Lebih mudah dan mesra alam. 


LAMA KE NAK SAMPAI? PASS TU POS DARI MANA?

Jika pos ke Malaysia, pass tersebut dipos dari Singapore.

Mira pernah order dari Turki, dan pass tersebut dipos dari Amerika. Tak sampai seminggu pun pass dah sampai. Guna UPS courier. 


2. RANCANG TRIP ANDA

Mira travel selama 30 hari di Eropah, yang mana 14 hari di Balkan.

Mira aktifkan pass mira pada hari ke 15 iaitu hari pertama Mira ingin gunakan pass dari Barcelona ke Paris menggunakan speed train. 

Ini route Mira:

 Kosovo- Montenegro - Croatia - Bosnia - Italy - Spain - France - United Kingdom - Brussel - Netherland - Germany - Denmark - Sweeden.

Yang mira bold dan tulisan merah adalah negara yang mira guna pass ni. 


NEGARA APA YANG PALING BERBALOI UNTUK GUNA EURAIL PASS?

SANGAT BERBALOI: Germany, Switzerland, Austria, Belgium, Netherlands, all Scandinavian countries, Portugal. Negara-negara ini kebanyakannya ada tren laju, dan hampir kemana-mana tidak perlukan reservation fee. Paling best, public transport dalam negara tu pon Eurail pass cover! 


BERBALOI: Italy dan France berbaloi untuk guna tapi kebanyakann tren anda perlu bayar  reservation fee untuk naik. Teruskan membaca sebab Mira akan bagitahu cara untuk elak fee tersebut


TIDAK BERBALOI: Balkan, sebab tak banyak laluan tren yang sesuai untuk traveler guna Eurail pass. Pilihan terbaik adalah sewa kereta atau menggunakan bas. 


EURAIL TIMETABLE

Untuk memudahkan anda bila travel nanti, boleh download apss mereka 

RAIL PLANNER. 

Apss ni akan tunjukkan updated timetable untuk route anda, jenis tren yang anda boleh ambil, dan possible connection untuk ke bandar destinasi dan info jika anda perlu reserve seat. Paling best, apps tersebut boleh diguna secara offline!


3. TRAIN RESERVATION

Inilah part yang ditunggu-tunggu dan dirisaukan. 

Sebabnya walaupun anda dah ada Eurail pass tersebut. Tak bermaksud anda boleh naik tren kemana mana secara percuma

Terutamanya jika anda travel pada musim panas. Tren yang tak perlu reserve pun kadang jadi wajib reserve. Sebab tu kena check betul-betul tren tersebut boleh hop on atau perlu reserve dulu. 


Train reservation ni ada 2 jenis fee iaitu:

a) Train reservation fee

Harga bergantung kepada jenis tren. Lihat senarai penuh tren yang perlukan reservation fees. 

b) Booking fee

Iaitu 2 euro/traveller per train. Untuk reservation yang guna kertas, anda kena bayar shipping fee juga iaitu 9euro per order. 

Tapi masa Mira booked haritu (2018), booking feenya per destinasi. contoh 1 destinasi 8euro, tak kisah untuk berapa orang. 

Tahu lebih lanjut mengenai train reservation. 


BILA SAYA KENA RESERVE SEAT DAN BERAPA?

Ada 4 keadaan yang anda perlu reserve seat.

1) NIGHT TRAIN 

kalau ambil night tren, korang boleh jimat. Tahu lebih lanjut mengenai night train. 

2) FAST TRAIN /HIGH-SPEED TREN - yang ada tanda R iaitu reservation. Biasanya tren di France an Italy ada high speed train. Yang bestnya tren ni adalah anda dapat jimat masa contohnya dari Barcelona ke Paris hanya 6 jam dan dari Paris ke London hanya 2 jam dengan high speed tren. TAPI jika anda nak elak dari bayar reservation fee ni boleh je iaitu guna slow regional tren, tapi cara ni agak leceh sebab ada banyak connection dan lama masa menunggu.

Berapa? Bergantung kepada negara, route dan jenis tren. Bermula 3 euro sehingga 70 euro. 

Tahu lebih lanjut mengenai fast train/high speed train 

3) FRENCH TRAIN - kecuali regional tren sebab tren ni ada limited seat.

4) POPULAR ROUTE PADA HIGH SEASON iaitu pada APRIL -OGOS, DECEMBER. 

5) INTERNATIONAL HIGH-SPEED TRAINS 

Anda boleh reserve selewatnya 8 hari sebelum berlepas tapi dinasihatkan untuk tempah awal sebab risiko tren sold out tu tinggi sebab ada kuota seat untuk eurail pass holder. Tahu lebih lanjut mengenai high speed trains. 


MANDATORY RESERVATION VS OPTIONAL RESERVATION 

Mandatory reservation- anda wajib untuk reserve seat jika ingin naik tren tersebut. Biasanya reservation fee untuk in lebih tinggi kerana ia high speed train dan international speed train. Contohnya Paris-Barcelona, Paris-Milan, Amsterdam-Paris, London-Paris. 

Optional reservation- Anda tidak wajib untuk reserve seat tetapi sangat digalakkan untuk reserve jika anda travel pada high season dan popular route contohnya Berlin- Prague, Prague-Vienna, Amsterdm-Cologne. 



KENAPA SAYA PERLU BAYAR LAGI SEAT RESERVATION SEDANGKAN SAYA DAH ADA EURAIL PASS?

Seat reservation ini TIDAK TERMASUK dalam Eurail Pass anda - ia adalah tambahan tambahan yang dikenakan oleh beberapa syarikat kereta api untuk memastikan semua orang mendapat tempat dalam perkhidmatan yang sibuk.

Biasanya tren yang minta MANDATORY RESERVATION ini sangat menjimatkan masa anda dan mempunyai banyak kelebihan berbanding tren yang optional reservation.

Sekiranya anda adalah budget traveller, jangan risau sebab kebanyakan slow national and regional trains TAK PERLUKAN SEAT RESERVATION. Jadi, jika anda rela mengambil scenic route, sudah tentu anda dapat jimat kos tambahan ini! 


MACAMANA NAK TAHU TREN TU PERLU DI RESERVE ATAU TIDAK?

Anda boleh cek dekat Eurail timetable dekat app atau website. Kalau ada logo R. maksudnya perlu di tempah.

Tapi, walaupun tak ada R, kalau anda nak travel pada high season, anda disarankan untuk tempah seat sebab kemungkinan seat sold out tu sangat tinggi. Tapi let say train tu penuh, anda masih boleh naik tren tu tapi kena berdiri la. Anda tak boleh duduk walaupun masa anda naik tu ada kosong, sebab stesen berikutnya mungkin pemilik seat tu sampai. 

Tahu lebih lanjut train yang perlu reservation


MACAMANA NAK RESERVE SEAT?

Ada pelbagai pilihan.

1) KAUNTER TIKET - sangat tidak digalakkan, kemungkinan seat habis sangat tinggi! 

2) OFFICIAL WEBITE 

3) RAIL PLANNER APP


APA JADI KALAU SAYA TAK RESERVE SEAT?


Jika route tersebut tertulis MANDATORY RESERVATION - jika anda tidak reserve, sudah tentu anda akan dideny boarding dan tidak dibenarkan untuk masuk ke dalam tren. 

Jika route tersebut OPTIONAL RESERVATION- walaupun ada tidak reserve seat, anda masih dibenarkan untuk boarding dan masuk ke dalam tren.

TAPI...

Bergantung kepada musim juga, jika waktu itu HIGH SEASON -walaupun tren tu optional reservation. Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang reserve seat dan bayar full price (beli di kaunter).

Perlu diingatkan disini, tak semua tren boleh bawa muatan penuh terutama high speed train. Jika tren terlalu penuh, penumpang yang tidak dapat tempat duduk (tidak reserve seat) akan disuruh keluar dan tunggu tren seterusnya.

Ya, ia pernah terjadi masa Mira dari Amsterdam ke Berlin. Tren tersebut tren biasa je tapi Mira reserve jugak seat sebab masa tu bulan julai. End up, tren tu overload. 

Maksudnya ramai yang naik tren tu tanpa reserve so ramai lah yang berdiri. Jika tren terlalu penuh, akan ada problem. Jadi, tren tu akan berhenti dekat stesen dan suruh siapa yang tak reserve seat untuk keluar dari tren! Dan macam biasalah ada yang degil tak nak keluar, dan tren tersebut tidak akan bertolak selagi mereka tak keluar dari tren. Nasib baik Mira reserve seat untuk tren tersebut. 


MACAMANA NAK ELAK TREN YANG KENA RESERVE?

Ini berita baik untuk anda yang nak elak tren yang kena reserve. Iaitu guna regional trains.

Klik je 'AVOID TRAINS THAT REQUIRE RESERVATIONS'

So, lepas tu app tu akan tunjuk regional trains je yang tak perlu reservation fee.

Contoh dari Bruseel ke Paris, dengan direct tren, hanya 1jam 20 min je tapi kena bayar 30euro untuk reservation fee.

Tapi kalau pilih tren yang 'no compulsory reservatin', YA anda tidak perlu bayar reservation tapi anda kena tukar tren 2 atau 3 kali dan sudah tentu lebih lama sehinga 4 jam. Tapi dengan cara ni, anda dapat jimat 30euro. 

Anda tentukan nak yang mana?

Tahu lebih lanjut cara elak tren yang ada reservation

CARA ELAK RESERVATION TREN DI PERANCIS 


JIKA TERTINGGAL CONNECTION TRAIN, KENA BAYAR SEMULA KE RESERVATION FEE?

Kalau korang dah reserve seat dan korang tertingal tren. Ya kena bayar semula. Sebabnya untuk tren tersebut, setiap seat perlu direserve, jadi jika anda reserve untuk tren 2pm, dan anda tertinggal tren 2pm. Tren berikutnya anda perlu reserve semula.

Tapi, bergantung kepada jenis tren juga. Mira galakkan untuk anda 


KEMUNGKINAN MASALAH YANG TIMBUL BILA NAIK TREN 

a) TERLEPAS TREN

Sekiranya anda tidak mempunyai tempahan tempat duduk untuk kereta yang anda ketinggalan, tidak ada masalah! Perkara hebat mengenai pas Eurail adalah anda boleh menaiki kereta api yang anda mahukan kemudian tanpa kos tambahan

PENYELESAIAN: Sekiranya anda terlepas kereta api yang ingin anda naiki, cukup gunakan aplikasi luar talian anda yang disebut Eurail Planner untuk mencari aplikasi seterusnya yang mempunyai laluan serupa. Atau, anda boleh pergi ke arah yang sama sekali berbeza! Terpulang kepada anda, hantaran memberikan anda fleksibiliti ini!


Mira pun pernah tertinggal connection train!

Ini berlaku semasa Mira ingin ke Pisa dari Venice. Tren tersebut ada connection. Mira keluar je dari stesen tersebut dan ingin ke platform, Mira ada masa 30 minit jer sebelum tren berlepas.

Kalau ikut lagi, cukup jer masa. Yang jadi tak cukup tu bila Mira TAK JUMPA platform sebab platform tersebut agak tersorok. Mira tanya ok pakcik guard tu tapi pakcik tu tak reti english! Cari punya cari, kurang 1 minit baru jumpa. dan lastly tren tersebut pun pergi meninggalkan Mira.

Jadi, Mira tanya kat kaunter sama ada perlu booked baru atau tidak. Akak tu cakap tak perlu. Mungkin sebab tu regional tren, bukan speed tren. 


b) TERLEPAS STESEN

Kalau korang terleka, berkemungkinan besar korang boleh terlepas stesen yang korang patut turun. Tapi, dengan adanya pass ni, korang tak perlu beli tiket untuk patah balik.

Solusi: Noted nama stesen sebelum stesen yang korang nak turun tu. Sebab kadang announcement tu dalam bahasa mereka dan slang pun agak lain.


5) PERBANDINGAN HARGA

Inilah saat yang dinanti-nantikan, betul ke dengan Eurail pass ni, tren lagi jimat? 



JADI, BOLEH JIMAT KE DENGAN EURAIL PASS?

Sudah tentu! Dan korang boleh jimat lagi banyak kalau korang well-planned!

Dan berganda jimat kalau korang boleh beli YOUTH PASS + SECOND CLASS + DISKAUN 20% . Kalau korang layak untuk ke tiga-tiga ni, PLEASE BELI EURAIL PASS NI DAN MANFAATKAN! 100% PUAS HATI! 


KEBAIKAN DAN KEBURUKAN EURAIL PASS

KEBURUKAN 

1) TAK SEMUA TEMPAT BOLEH GUNA TREN

Sesetengah negara seperti France dan Germany, hampir kemana-mana saja anda boleh sampai naik tren. Ada sesetengah negara juga, bas merupakan pilihan terbaik seperti di Croatia. 

2) RESERVATION FEES

Dah beli Eurail pass beratus euro pun still kena bayar reservation fee. Nak buat macam mana kan kalau tren tu high speed dan route tu popular. Tapi boleh jadi, tak ada pass pun harga sama je macam ada pass. 


KELEBIHAN

1. TAK PERLU CHECK-IN. Jadi, korang tak perlu sampai beberapa jam awal seperti korang nak check-in flight.

2. TAK ADA PASSPORT DAN X-RAY CONTROL

3. TAK ADA BAGGAGE DAN LIQUID RESTRICTION 

4. TRAIN SAMPAI TERUS KE CITY CENTRE. Kalau korang naik flight, korang kena spend masa dan duit plak untuk dari airport ke city centre. 

5. FLEXIBILITY - inilah part paling best! kalau korang nak stay kat 1 negara tu lama-lama, no problem! Kalau tak suka negara tu dan nak ke negara berikutnya hari tu jugak, no problem! Nak bertolak awal pagi tapi terlajak tidur so terlepas tren, no problem! korang boleh naik je tren berikutnya(terutama di Wstern Europe).

Bagi Mira, travel di Eropah dengan Eurail pass ni adalah cara paling best, sudah tentu lebih cepat dan selesa daripada bas dan kurang stress berbanding kapal terbang.

6. BONUS -DISKAUN MUSEUM, CITY CARD, FERRY! 

7. JIMAT KOS TRANSPORT DALAM NEGARA

Contohnya di Berlin, korang boleh kemana mana je naik S-Bahn tren dengan Eurail Pass.p/s: Mira dah guna dan fuh best gila!

City train je sahaja ya, tidak termasuk metro.


TIPS TAMBAHAN [BONUS INFO]

Interconnection time

Kalau anda perlu menukar nukar ten, pastikan anda ada sekurangnya 20 minit antara tren. Kemungkinan tren untuk sampai lewat adalah sangat tipis. Jadi, jika connection time adalah 3 minit, sangat unrealistic. 

Jimat kos transport ANTARA BANDAR

Kalau lokasi travel anda tersebut cover public transport. Lebih baik anda boleh jimat! 

Contohnya di Berlin, anda boleh gunakan S-Bahn dengan PERCUMA.

RER di paris dan French National Railways bus pun PERCUMA untuk pemegang Eurail Pass. 

Tahu lebih lanjut mengenai benefit ini.

Anda juga boleh jimat kos attraction yang kalian ingin lawati seperti Berlin Welcome card, brussels card dan frankfurt card. 


MITOS MENGENAI EURAIL PASS 

SUSAH NAK CROSS BORDER 

TAK SESUAI UNTUK KANAK-KANAK

EURAIL PASS UNTUK TREN SAHAJA

EURAIL APP SAHAJA DAH CUKUP


SETELAH SEMUA YANG ANDA TELAH BACA, ADAKAH ANDA RASA PASS INI BERBALOI?

Ok, sampai masa Mira untuk kongsikan pendapat Mira mengenai pass ni.

Bagi Mira, pass ni sangat berguna dan berbaloi sangat. Kalau pass ni tak berbaloi, kenapa pass ni ramai traveler  termasuk budget traveler macam Mira pakai?

Walaupun dengan adanya pass ni, Mira still kena buat reservation utk high speed train. Yet, Mira rasa pass ni sangat berbaloi untuk Mira se

1) Mira travel banyak negara di Eropah 

2) Mira dah compare harga beli tiket tren tanpa pass dengan ada pass.


BILA MASA TIDAK BERBALOI UNTUK GUNA EURAIL PASS

Pass ini berbaloi untuk Mira tapi tak berbaloi untuk anda  jika:

1) TRAVEL BEBERAPA NEGARA

Lebih murah jika beli point to point.

2) BELI KETIKA TIADA DISKAUN LANGSUNG

3) TIDAK DAPAT MEMANFAATKAN SEPENUHNYA PASS 

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^